Owner Post Entry Follow Dash



Aqish's Online Diary
Aqish's Diary

About Author



Hello and welcome to my blog
Hope you enjoy read my blog
:)

Tagboard

⊰TOUCH ME!⊱
Give your link blog so i can visit your blog.
No rude word/comment here!
You can give me a request for my next product review


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Resepi Pizza Pepperoni BBQ


Assalammualaikum
Anyeonghaseyo!
 
Hallu... hmm semenjak dua menjak ni Aqis selalu buat entry pasal makanan kan?! . Eyh suka hati akulah hohohoho.. Okay hari ni Aqis nak sharekan resepi pizza hasil inspirasi resepi orang lain dan juga resepi Aqis. Kiranya Aqis dah gabungkanlah resepi orang lain ngn resepi Aqis and i hope korang suka. :D
 
Dough Pizza
 
200mls air
1 tbsp olive oil/canola oil
1 tsp garam
375g/2 1/2 cawan tepung
1 3/4 sudu yis
  • Campur kan air suam bersama yis and then biarkan selama 15 minutes sampai berbuih. Kalau tak berbuih, buang je yis tu.
  • Gaulkan tepung and garam dalam mangkuk besar or apa2 bekas yang korang rasa sesuai. Bila campuran yis dah berbuih, tuangkan ke dalam mangkuk bertepung tu and then tambah olive oil and uli hingga adunan tu tak melekat kat tangan and bila di tekan dengan jari.
  • Biarkan kat tempat yang suam sehingga doh tu kembang jadi dua kali gnda lebih besar berbanding seblm ni. Make sure korang tutup mangkuk tu dengan gladwrap or tuala lembap so dough tu tak kering ye.
  • Bila doh tu dah kembang, boleh lah bahagikan ke 2 bahagian and gelek jadi leper setebal mana yang you nak.
Bahan - bahan topping:
 
Pepperoni / salami
Sos tomato prego
cheese mozarella / pizza plus
cendawan butang / white mushroom
Sos BBQ
 
  • Dah siap buat doh?! okay mari kita buat topping pulak. Gaulkan sos prego bersama sos bbq kemudian sapukan di atas doh pizza.
  • Susunkan pepperoni / salami dan juga cendawan tapi jangan banyak sangat. Nanti tak tertampung pulak doh tu.
  • Taburkan cheese / pizza plus di atas pizza. Lagi banyak lagi sodap ^^ (bagi aqis lah)
  • Bakar di dalam oven selama 10-15 minit dengan kepanasan 200'C.
Ok selamat mencuba. Hope korang suka dengan resepi ni . Anyeong!


Title