About Author ![]() Hello and welcome to my blog Hope you enjoy read my blog :) Tagboard ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Rahsia Disebalik Warna Kegemaran Anda
Assalammualaikum
(jawab salam!! xD)
Anyeonghaseyo!
Hye hari ni Aqish nak share something kat korang. Rahsia disebalik warna kegeraman korang. Korang suka warna apa?! hah? oh...... (buat2 dengar) btw tak semua sama mungkin ada yang sama ada yang tak sama . Tapi untuk warna kegemaran Aqis tu memang byk persamaan dgn hampir 98% lah jugak hee ^^ tapi tak taulah utk korang hee so here we go!!!
Seorang yang berani, tidak sensitif, mempunyai perasaan kehendak dan keinginan yang mendala selalu memandang ke arah hadapan, emosional, tegas, aktif dan produktif, tamak, tahan melarat, ego, susah jatuh cinta, sesuai jadi pemimpin dan suka bersenang-senang, fokus untuk mencapai matlamat.
Seorang yang setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuannya, suka berterus-terang, jujur, cekap, pemaaf dan tegas.
Dinyatakan wanita yang meminati warna ini suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, bersikap tegas, tabah, kerendahan hati , patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian sehingga kelihatan agak kolot pada pandangan orang lain.
Mereka yang menggemari warna ini seorang yang suka menyendiri, prihatin, kuat dalam menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, pemikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
Ni mesti lelaki suka, sebabnya wanita yang menggemari warna ni kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti serta hati mereka cepat merasa was-was dan takut berbuat salah.
Mereka ini seorang yang pemurah dan bebas hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi serta keinginannya tidak meluap-luap.
Wanita yang menggemari warna ini suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak orangnya. orangnya lebih natural.
Seorang yang menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. / Warna kuning melambangkan diri anda adalah seorang yang cool, bersifat selamba, tenang, dan cuba mengelak daripada mencari masalah. Walaupun si penggemar kuning ini dikatakan memiliki sifat yang berubah-ubah tetapi ia penuh dengan pengharapan dan bercita-cita tinggi.
Mereka seorang yang bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Warna ini sering dikaitkan dengan seseorang yang memiliki sifat romantis, berjiwa lembut, mudah tersentuh, bergaya feminin dan juga seorang yang pengemas! Jangan tak tahu, mereka yang gemarkan warna merah jambu dikatakan mempunyai personaliti kesantunan, keayuan, kesempurnaan sesuai sebagai wanita Melayu sejati.
Bukan calang-calang orang yang sukakan warna biru tua. Warna biru pekat atau warna royal blue jika salah digayakan tampil nampak lain, tetapi sebaliknya jika bijak mengenakannya pasti penampilan anda nampak lebih muda daripada biasa! Si penggemar biru tua melambangkan perasaan yang mendalam, bersikap tenang, bijak dalam membuat keputusan, tidak mudah tersinggung dan peramah. Tak hairanlah sekiranya anda mudah dikelilingi oleh rakan-rakan kerana anda ramai kenalan dan peramah orangnya!
Hijab yang cantik untuk dipakai dengan tema warna ini. Warna lembut selembut si empunya diri. Warna biru muda melambangkan kesungguhan dalam mengejar cita-cita. Memiliki sifat bertahan, berusaha, pelindung dan tetap dengan pendirian.
Huhu... amacam apa pendapat korang?! tapi semua ni tak betul so korang jgn lah terlampau taksub sgt :3 Aqis sendiri pun rasa ada yg tak betul -,- kat warna merah jambu tu hahaha tapi warna merah and putih tu hampir 99% personaliti tu ada kat aqish :3 ok sampai sini jelah entry hari ini so see you soon muah kiri muah kanan!
Warna favourite Aqish putih , merah and pink . How about You?! |
2 Ulasan:
om suka warna kelabu dan hitam ^^
saya ungu dan saya ohsem.haha
Catat Ulasan